Tuesday 16 October 2012

Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang PJPK


Salah satu saluran dan agen terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan dan cita-cita Negara adalah melalui penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan-kegiatan jasmani, sukan dan permainan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) dipertanggungjawabkan membentuk perkembangan tingkah laku yang diterima masyarakat melalui proses sosialisasi yang ketara. Sebagai satu disiplin serta sumber ilmu yang informal, PJK merupakan media yang amat berkesan bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara amnya.
            Secara rasional, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) adalah penting dan diperlukan bagi mempelajari kemahiran-kemahiran pergerakan harian dalam sukan, gaya hidup sihat dan amalan kesihatan yang baik, ini dapat membantu seseorang mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. PJK juga dapat membimbing tingkah laku seseorang supaya berfungsi sebagai seorang yang bijak. Ia boleh menyedarkan orang ramai bahawa PJK dapat memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan. Bidang PJK mempunyai matlamat yang bersangkut-paut dengan matlamat pendidikan iaitu untuk mendidik seseorang pelajar secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
            Terbentuknya Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) SMK Setapak Indah ini, berfungsi dan berperanan untuk membantu memantapkan pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum sekolah. Keupayaan Ketua Panitia dan semua ahli panitia PJK untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan cekap dan komitmen akan turut membantu pentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat yang telah dikenalpasti
            Dengan terhasilnya blue print ini, Ketua Panitia PJK dan pihak-pihak yang terbabit boleh menggunakannya sebagai garis panduan untuk menyelia, mengawal, memimpin dan seterusnya membimbing ahli-ahli panitia bergerak senada dan seiring dengan Misi dan Visi SMK Setapak Indah.

Usaha bagi meningkatan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran / bidang


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan manakala Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) boleh dicapai seiring dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan merupakan  suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai guru PJK matlamat utama yang perlu dicapainya adalah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan berkesan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran PJK yang menjadi bahan rujukan utama.
Dalam usaha menyusun Rancangan Pelajaran Tahunan PJK banyak elemen yang harus dititikberatkan seperti bilangan murid setiap tingkatan, kemudahan serta bilangan alatan dan bahan pengajaran dan tempat atau kawasan PJ yang akan dijalankan. Waktu PJK diperuntukkan adalah dua waktu dalam masa 1 jam 20 minit, berbanding pada suatu masa dahulu ada empat waktu dan dikurangkan lagi menjadi tiga waktu, dengan pengurangan waktu PJK menjadi dua waktu ini agak sukar untuk guru PJK memuaskan hati pelajar hanya dengan ‘main saja’ tanpa memberi ilmu pengetahuan tentang PJK. Oleh yang demikian, Rancangan Pelajaran Tahunan PJK perlu disusun dengan menggabungkan PJ dan PK atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran PJ dan dua waktu pengajaran dan pembelajaran PK. PJ dimulakan dengan memanaskan badan kemudian diajar kemahiran permainan dan permainan kecil, sebagai penutup boleh dilakukan cooling down dengan membuat refleksi tentang kemahiran permainan tadi atau selitkan tajuk PK.
Pada awal tahun guru PJK perlu memberi pengetahuan tentang kecergasan fizikal dengan memperkenalkan seberapa banyak senaman dan diuji dengan Ujian SEGAK. Murid perlu melakukan latihan-latihan kecergasan dengan bimbingan guru PJK dan mengetahui tahap kecergasan mereka dengan mengambil bilangan kadar nadi latihan (KNL) murid. KNL ini boleh digunakan sebagai indicator kepada guru PJK untuk mengajar kemahiran-kemahiran permainan yang lain. Silibus PK boleh diajar dalam bulan puasa seperti p&p mata pelajaran lain dengan teknik dan kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.
Semasa pengajaran PJ guru PJK perlu mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berkebolehan tinggi dalam permainan untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah dan perlu memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti PJ yang diajar. Pengesanan bakat murid ini akan membantu menaikkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan peringkat zon. Bagi murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran PJ yang berkesan tadi, mereka boleh gunakan aktiviti senaman  bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti bermain bola sepak, bola jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan kawan-kawan disekitar perumahan mereka. Pengajaran dan pembelajaran PJK yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, murid pula akan berasa puas hati sekiranya mereka dapat memegang, menyepak, menyentuh alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.
Penyelenggaraan alatan mengajar PJK ini perlulah lebih sistematik dengan mengambil kira bilangan, keselamatan dan saiz alatan yang digunakan. Ketua Panitia PJK perlu mengenalpasti kualiti dan kuantiti alatan agar semua murid dapat menggunakan alatan secara maksimum semasa PJ. Pengurusan bilik penyimpanan alatan sukan ini perlu dirancang dari segi penyusunan alatan, buku pinjaman, stok alatan, alatan kegunaan harian dan keselamatan. Bilik sukan ini sudah tidak sesuai dipanggil sebagai stor sukan kerana penggunaannya perlulah bersifat professional dan sistematik, di SMK Setapak Indah ia dinamakan sebagai Bilik Pengurusan Sukan.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran PJK untuk tingkatan 1 yang bermula pada tahun ini dapat meningkatkan profesionalisme Pendidikan Jasmani Kesihatan dan menjadi sama penting dengan mata pelajaran lain. Dalam usaha merealisasikan PBS PJK ini, taklimat khas PBS PJK telah disampaikan kepada semua ahli panitia PJK. Modul Pentaksiran  PJK telah disusun dengan sistematik mengikut bab dalam buku teks PJK tingkatan satu. Penghasilan Modul Pentaksiran PJK ini dapat membantu guru PJK yang bukan opsyen menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiksiran dengan mudah.  


MINIT CURAI PBS PJPK TINGKATAN 1




TAJUK KURSUS
Kursus Penyebaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Tingkatan 1 – 2012 (Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
TARIKH
16 hingga 18 APRIL 2012
TEMPAT
Dewan Bestari SM Agama Kuala Lumpur
AGENDA
PERKARA
TARIKH ;
16.04.2012, ISNIN

1.KONSEP PBS
oleh En. Fazari
(8.30 pagi – 10.30 pagi)
1. PBS – Pentaksiran Berasaskan Sekolah
- satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Bukan Akademik (Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK)
- Akademik (Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah)
2. penambahbaikan UPSR (Tahun 1- 2011), PMR (Tingkatan 1 – 2012)
3. Pentaksiran Psikometrik – ujian Aptitud, inventori personality
(dijalankan masa tingkatan 3 oleh Kaunselor)

2.PENTAKSIRAN PUSAT
dan
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksir Rujukan Standard)
Oleh Pn. Rasimah (PPD Sentul)
(11.00 pagi – 1.00 tgh)
1.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KoKurikulum
- Sukan
- Aktiviti Jasmani (ujian SEGAK dan BMI)
- Aktiviti Kokurikulum (penilaian kokurikulum – 10%)
- Kesihatan (Pendidikan Kesihatan)
- Aktiviti Ekstra Kurikulum (contoh penglibatan pelajar ke Kejohanan Terbuka luar Negara, jemputan kompang dsb).
2. Penataran Pengoperasian PBS.
- surat pekeliling Bil.2 tahun 2011, Penambahbaikan system Pentaksiran Kebangsaan bagi PMR mulai 2012 bertarikh 14.02.2012.
3. Perlu wujud fail Jawatankuasa Induk PBS tingkatan 1
- minit mesyuarat kali pertama (minit mesyuarat Kurikulum dengan menghighlightkan PBS sekolah.
- fail evidens
- jadual PBS dipamerkan dalam bilik guru dan kelas
- jadual kerja PBS
4. seorang pelajar hanya satu fail bagi semua subjek dan hanya band terbaik sahaja disimpan.
5. Pemantauan PBS sedang berjalan oleh Lembaga Peperiksaan, Jemaah Nazir, PPD dan JPN - Jika markah bawah 70% pemantauan akan dibuat sekali lagi.
6. Fail showcase – fail bukti dan pameran untuk pemantauan sahaja.
7. Fail Induk PBS untuk Pendidikan Jasmani & Kesihatan mesti adakan – laman sesawang Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNWP (sppkl.net)
8. Jawatankuasa PBS – putuskan buat ujian atau tidak.

3.PELAKSANAAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT.
Oleh Cik Azlina
(2.00 ptg – 4.30 ptg)
1.Dokumen Standard Prestasi (DSP) PJK TINGKATAN 1
- panduan untuk guru PJK menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
2. Tafsiran istilah,
- Band ( label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu)
- Standard (pernyataan tentang sesuatu domain uang merujuk aras tertentu dan bersifat generic bagi memberikan gambaran holistic tentang individu)
- Standard Prestasi (pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid)
- Deskriptor (pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksirkan dan dicapai)
- Evidens (Murid – pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan descriptor)
- Instrumen ( alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian lisan, demonstrasi, ujian amali dll) – boleh juga dijadikan sebagai evidens.
3. Kerangka Standard Prestasi

BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

4. untuk PJK pentaksiran berdasarkan
- Band - B
- Deskriptor Jasmani – DJ
- Deskriptor Kesihatan – DK
- Evidens – E
Contoh  
-       B1DJ1E1 – Band Satu, Deskriptor Jasmani Satu, Evidens Satu
(menyatakan definisi komponen-komponen kecergasan fizikal)
-       B1DK2E2 – Band Satu, Deskriptor Kesihatan Dua, Evidens dua
(menyatakan maksud penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat)
5. Pengajaran dan pembelajaran PJK dibuat berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJK
Pentaksiran PJK berdasarkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) PJK.
Ajar (p&p) dulu kemudian buat pentaksiran.

TARIKH
 17.04.2012, SELASA

1.TAKLIMAT DARI PEGAWAI LEMBAGA PEPERIKSAAN
Pn. Azizah Omar
( 9.00 pg – 10.00 pg)
1.PMR ( tahun 2014) – dimansuhkan
2. KSSM dijangka – Tahun 2 (2012) dan Tingkatan 1 (2017) ganti KBSM.
3. PBS – mengajar (HSP) dan mentaksir (DSP) dengan menggunakan pemetaan Kerangka Standard Prestasi.
4. Penerangan istilah-istilah :
PENTAKSIRAN – proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
PROSES – P&P GURU – langkah/ tindakan/operasi untuk mengetahui penguasaan dan pencapaian pembelajaran murid.
PRODUK – Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi oleh pelajar setelah melalui proses pendidikan.
PENGHAKIMAN – proses pertimbangan tentang penguasaan dan pencapaian pendidikan pelajar.
PENTAKSIRAN SEKOLAH – p&p dijalankan seperti biasa mengikut HSP dan pentaksiran dijalankan secara formatif atau sumatif bagi setiap p&p.

2.DOKUMEN STANDARD PRESTASI PJK
Oleh Cik Azlina
(10.30 pg– 12.30 tgh)
1.Pengoperasian dan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS.
2.Dokumen Standard Prestasi (DSP) PJK TINGKATAN 1
- panduan untuk guru PJK menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
3. Pembahagian kumpulan dan menjalankan tugasan-tugasan bengkel
(menggubal pelbagai instrumen, evidens PJK dalam kumpulan)

3. PERBINCANGAN DAN KERJA KUMPULAN/ BENGKEL
(2.00ptg – 4.30ptg)
Dibahagi kepada 6 kumpulan mengikut tugasan yang diberi – membentuk evidens PJK. KUMPULAN 3
EVIDENS
TAFSIRAN
B1DJ1E1
Menyatakan definisi komponen kecergasan fizikal.
B1DK2E2
Menyatakan maksud penyalahgunaan dadah seperti dadah dan ubat.
B2DJ2E3
Mengenal pasti fasa-fasa lakuan dalam acara lari pecut dan lontar peluru
B2DK3E1
Menyatakan peranan agensi yang terlibat dalam ehwal pengguna.
B3DK1E1
Menerangkan prosedur menguruskan konflik dan stress.
B4DK2E1
Membanding besa antara dadah dan ubat.
B5DK4E1
Menunjuk cara prosedur pertolongan cemas DRABC






TARIKH
18.04.2012, RABU

1.PENATARAN MATAPELAJARAN PJK TINGKATAN 1 DAN MEREKOD DOKUMEN
Oleh En.Fazari

(8.30pg – 10.00pg)
1. Isu mata pelajaran PJPK hari ini
- mp kelas kedua walaupun mp teras
- tidak penting – sesiapa pun boleh mengajar PJPK.
- tiada peperiksaan peringkat pusat
- Silibus PJPK tidak diajar sepenuhnya
- objektif PJPK (psikomotor) tidak menguji kognitif mengikut peperiksaan hari ini.
- PJPK tidak dinilai sepenuhnya sebelum ini
- guru menggunakan waktu PJPK untuk mengajar mp lain
2. Merekod keputusan penilaian tugasan berdasarkan elemen berikut :

RUBRIK
ELEMEN
MARKAH
Pengetahuan
Setiap skala X 3 = 24
Mengumpul fakta

Kandungan folio

Kemahiran
Setiap skala X 4 = 16
Amali kemahiran

Nilai
Setiap skala X 22 = 8
Penerapan unsure nilai

(Jumlah = 48)
Jumlah


Skala penskoran


3. SKALA PENSKORAN
SKALA
SKOR
TAHAP PENCAPAIAN
4
37 – 48
CEMERLANG
3
25 – 36
KEPUJIAN
2
13 – 24
BAIK
1
0 – 12
MEMUASKAN
2. BENGKEL
(10.30pg – 12.30tgh)

PEMBENTANGAN HASIL KERJA KUMPULAN.

3.RUMUSAN DAN PENUTUP
(2.00ptg – 4.00 ptg)

PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN KURSUS – REFLEKSI WAKIL JU SEKOLAH


Minit curai disediakan oleh
ROSZILAH BINTI ASMUTI                                                                           
Tarikh : 18.04.2012