Tuesday 16 October 2012

Usaha bagi meningkatan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran / bidang


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan manakala Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) boleh dicapai seiring dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan merupakan  suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai guru PJK matlamat utama yang perlu dicapainya adalah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan berkesan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran PJK yang menjadi bahan rujukan utama.
Dalam usaha menyusun Rancangan Pelajaran Tahunan PJK banyak elemen yang harus dititikberatkan seperti bilangan murid setiap tingkatan, kemudahan serta bilangan alatan dan bahan pengajaran dan tempat atau kawasan PJ yang akan dijalankan. Waktu PJK diperuntukkan adalah dua waktu dalam masa 1 jam 20 minit, berbanding pada suatu masa dahulu ada empat waktu dan dikurangkan lagi menjadi tiga waktu, dengan pengurangan waktu PJK menjadi dua waktu ini agak sukar untuk guru PJK memuaskan hati pelajar hanya dengan ‘main saja’ tanpa memberi ilmu pengetahuan tentang PJK. Oleh yang demikian, Rancangan Pelajaran Tahunan PJK perlu disusun dengan menggabungkan PJ dan PK atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran PJ dan dua waktu pengajaran dan pembelajaran PK. PJ dimulakan dengan memanaskan badan kemudian diajar kemahiran permainan dan permainan kecil, sebagai penutup boleh dilakukan cooling down dengan membuat refleksi tentang kemahiran permainan tadi atau selitkan tajuk PK.
Pada awal tahun guru PJK perlu memberi pengetahuan tentang kecergasan fizikal dengan memperkenalkan seberapa banyak senaman dan diuji dengan Ujian SEGAK. Murid perlu melakukan latihan-latihan kecergasan dengan bimbingan guru PJK dan mengetahui tahap kecergasan mereka dengan mengambil bilangan kadar nadi latihan (KNL) murid. KNL ini boleh digunakan sebagai indicator kepada guru PJK untuk mengajar kemahiran-kemahiran permainan yang lain. Silibus PK boleh diajar dalam bulan puasa seperti p&p mata pelajaran lain dengan teknik dan kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.
Semasa pengajaran PJ guru PJK perlu mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berkebolehan tinggi dalam permainan untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah dan perlu memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti PJ yang diajar. Pengesanan bakat murid ini akan membantu menaikkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan peringkat zon. Bagi murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran PJ yang berkesan tadi, mereka boleh gunakan aktiviti senaman  bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti bermain bola sepak, bola jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan kawan-kawan disekitar perumahan mereka. Pengajaran dan pembelajaran PJK yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, murid pula akan berasa puas hati sekiranya mereka dapat memegang, menyepak, menyentuh alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.
Penyelenggaraan alatan mengajar PJK ini perlulah lebih sistematik dengan mengambil kira bilangan, keselamatan dan saiz alatan yang digunakan. Ketua Panitia PJK perlu mengenalpasti kualiti dan kuantiti alatan agar semua murid dapat menggunakan alatan secara maksimum semasa PJ. Pengurusan bilik penyimpanan alatan sukan ini perlu dirancang dari segi penyusunan alatan, buku pinjaman, stok alatan, alatan kegunaan harian dan keselamatan. Bilik sukan ini sudah tidak sesuai dipanggil sebagai stor sukan kerana penggunaannya perlulah bersifat professional dan sistematik, di SMK Setapak Indah ia dinamakan sebagai Bilik Pengurusan Sukan.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran PJK untuk tingkatan 1 yang bermula pada tahun ini dapat meningkatkan profesionalisme Pendidikan Jasmani Kesihatan dan menjadi sama penting dengan mata pelajaran lain. Dalam usaha merealisasikan PBS PJK ini, taklimat khas PBS PJK telah disampaikan kepada semua ahli panitia PJK. Modul Pentaksiran  PJK telah disusun dengan sistematik mengikut bab dalam buku teks PJK tingkatan satu. Penghasilan Modul Pentaksiran PJK ini dapat membantu guru PJK yang bukan opsyen menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiksiran dengan mudah.  


No comments:

Post a Comment