Salah satu saluran dan agen terpenting
untuk mencapai matlamat pendidikan dan cita-cita Negara adalah melalui
penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan-kegiatan jasmani, sukan dan permainan.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) dipertanggungjawabkan
membentuk perkembangan tingkah laku yang diterima masyarakat melalui proses
sosialisasi yang ketara. Sebagai satu disiplin serta sumber ilmu yang informal,
PJK merupakan media yang amat berkesan bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara
amnya.
Secara rasional, Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan (PJK) adalah penting dan diperlukan bagi mempelajari
kemahiran-kemahiran pergerakan harian dalam sukan, gaya hidup sihat dan amalan
kesihatan yang baik, ini dapat membantu seseorang mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang. PJK juga dapat membimbing tingkah laku seseorang supaya berfungsi
sebagai seorang yang bijak. Ia boleh menyedarkan orang ramai bahawa PJK dapat
memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan. Bidang PJK mempunyai matlamat
yang bersangkut-paut dengan matlamat pendidikan iaitu untuk mendidik seseorang
pelajar secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Terbentuknya Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) SMK Setapak Indah ini, berfungsi dan
berperanan untuk membantu memantapkan pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum sekolah.
Keupayaan Ketua Panitia dan semua ahli panitia PJK untuk memikul tanggungjawab
masing-masing dengan cekap dan komitmen akan turut membantu pentadbir sekolah
ke arah mencapai matlamat yang telah dikenalpasti
Dengan terhasilnya blue print ini, Ketua Panitia PJK dan
pihak-pihak yang terbabit boleh menggunakannya sebagai garis panduan untuk
menyelia, mengawal, memimpin dan seterusnya membimbing ahli-ahli panitia
bergerak senada dan seiring dengan Misi dan Visi SMK Setapak Indah.
sy ingin menjadi guru cemerlang pjpk.. plz help me... saifulbahari7285@gmail.com
ReplyDelete