Pendidikan Jasmani bertujuan membantu
murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan manakala Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelaksanaan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) boleh dicapai seiring dengan
Falsafah Penddikan Kebangsaan merupakan suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai guru
PJK matlamat utama yang perlu dicapainya adalah dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran (p&p) dengan berkesan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Pelajaran PJK yang menjadi bahan rujukan utama.
Dalam usaha menyusun Rancangan
Pelajaran Tahunan PJK banyak elemen yang harus dititikberatkan seperti bilangan
murid setiap tingkatan, kemudahan serta bilangan alatan dan bahan pengajaran
dan tempat atau kawasan PJ yang akan dijalankan. Waktu PJK diperuntukkan adalah
dua waktu dalam masa 1 jam 20 minit, berbanding pada suatu masa dahulu ada
empat waktu dan dikurangkan lagi menjadi tiga waktu, dengan pengurangan waktu
PJK menjadi dua waktu ini agak sukar untuk guru PJK memuaskan hati pelajar hanya
dengan ‘main saja’ tanpa memberi ilmu pengetahuan tentang PJK. Oleh yang
demikian, Rancangan Pelajaran Tahunan PJK perlu disusun dengan menggabungkan PJ
dan PK atau dua waktu pengajaran dan pembelajaran PJ dan dua waktu pengajaran
dan pembelajaran PK. PJ dimulakan dengan memanaskan badan kemudian diajar
kemahiran permainan dan permainan kecil, sebagai penutup boleh dilakukan cooling down dengan membuat refleksi
tentang kemahiran permainan tadi atau selitkan tajuk PK.
Pada awal tahun guru PJK perlu memberi
pengetahuan tentang kecergasan fizikal dengan memperkenalkan seberapa banyak
senaman dan diuji dengan Ujian SEGAK. Murid perlu melakukan latihan-latihan
kecergasan dengan bimbingan guru PJK dan mengetahui tahap kecergasan mereka
dengan mengambil bilangan kadar nadi latihan (KNL) murid. KNL ini boleh
digunakan sebagai indicator kepada
guru PJK untuk mengajar kemahiran-kemahiran permainan yang lain. Silibus PK
boleh diajar dalam bulan puasa seperti p&p mata pelajaran lain dengan
teknik dan kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.
Semasa pengajaran PJ guru PJK perlu
mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berkebolehan tinggi dalam permainan
untuk diketengahkan sebagai wakil sekolah dan perlu memberi peluang kepada
semua murid untuk menyertai aktiviti PJ yang diajar. Pengesanan bakat murid ini
akan membantu menaikkan nama sekolah jika berjaya dalam pertandingan peringkat
zon. Bagi murid-murid yang mendapat ilmu dari pengajaran PJ yang berkesan tadi,
mereka boleh gunakan aktiviti senaman
bagi memenuhi masa lapang dengan berfaedah seperti bermain bola sepak,
bola jaring, badminton, berjoging, senamrobik dengan kawan-kawan disekitar
perumahan mereka. Pengajaran dan pembelajaran PJK yang berkesan boleh dicapai
sekiranya semua murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran PJK,
murid pula akan berasa puas hati sekiranya mereka dapat memegang, menyepak,
menyentuh alatan sukan walau sekejap pun pada masa PJK.
Penyelenggaraan alatan mengajar PJK
ini perlulah lebih sistematik dengan mengambil kira bilangan, keselamatan dan
saiz alatan yang digunakan. Ketua Panitia PJK perlu mengenalpasti kualiti dan
kuantiti alatan agar semua murid dapat menggunakan alatan secara maksimum
semasa PJ. Pengurusan bilik penyimpanan alatan sukan ini perlu dirancang dari
segi penyusunan alatan, buku pinjaman, stok alatan, alatan kegunaan harian dan
keselamatan. Bilik sukan ini sudah tidak sesuai dipanggil sebagai stor sukan
kerana penggunaannya perlulah bersifat professional dan sistematik, di SMK
Setapak Indah ia dinamakan sebagai Bilik Pengurusan Sukan.
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran PJK untuk tingkatan 1 yang bermula pada tahun
ini dapat meningkatkan profesionalisme Pendidikan Jasmani Kesihatan dan menjadi
sama penting dengan mata pelajaran lain. Dalam usaha merealisasikan PBS PJK
ini, taklimat khas PBS PJK telah disampaikan kepada semua ahli panitia PJK. Modul
Pentaksiran PJK telah disusun dengan
sistematik mengikut bab dalam buku teks PJK tingkatan satu. Penghasilan Modul
Pentaksiran PJK ini dapat membantu guru PJK yang bukan opsyen menjalankan
pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiksiran dengan mudah.